NADI CYBERSECURITY – Cara Bagaimana Menjaga Keselamatan CCTV dirumah anda dari Digodam
10 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 April 2026, Khamis, komuniti dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang menyertai Taklimat NADI Cybersecurity – Cara menjaga cctv dan wifi rumah dari digodam yang bermula dari pukul 3 petang sehingga 4:30 petang di platform Google Meet sebagai medium webinar.
Webinar ini merupakan sesi pembelajaran secara lansung yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang cara menjaga cctv dan rangkaian Wifi di rumah daripada ancaman penggodaman.Melalui webinar ini,peserta akan mempelajari langkah-langkah asas keselamatan siber bagi melindungi peranti pintar dan rangkaian internet rumah termasuk amalan keselamatan yang betul untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran.
Diharapkan dengan adanya webinar cybersecurity ini dapat memperkasa keselamatan siber dan melindungi generasi digital seiring dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: